Pembantu Peribadi Nur Sajat Tampar Pekerja Guardian KLCC?





Semalam, selain kes gambar Emma Maembong tersebar, rupanya ada satu lagi kes viral melibatkan pembantu peribadi Nur Sajat.

Menurut Video ‘Kes Tampar Menampar KLCC’ tersebut, kelihatan seorang wanita telah masuk ke salah sebuah farmasi di KLCC dan menarik keluar salah seorang pekerja tersebut. Selepas tersebarnya video tersebut, jemaah membawang Se-Malaya sememangnya mengecam teruklah.

Mana taknya, individu yang terlibat dalam video tersebut adalah PA atau pembantu peribadi kepada Nur Sajat.

Menerusi rakaman video berdurasi 1 minit 3  saat yang tular dalam media sosial itu, dilihat mangsa telah ditarik keluar dari tempatnya bekerja di KLCC dan ditampar sebanyak 3 kali sebelum berlakunya pertengkaran antara mereka berdua.

Laporan polis berhubung kejadian itu telah dibuat oleh mangsa dan difahamkan mangsa mengalami kecederaan di jari dan muka akibat dipukul oleh 3 orang bersama suspek, malah telefon bimbitnya hilang sewaktu kejadian berlaku.

Artikel Berkaitan : 7 Pondan Viral Malaysia

;