"Saspek Je, Belum Lagi Betul" - Sajat Disyaki Hidap Kanser, Belum Buat CT Scan
TERKINIPersonaliti popular Nur Sajat mengejutkan netizen dengan mendedahkan derita kanser baru-baru ini. Susulan dari pendedahan itu, ramai yang berpusu-pusu memohon maaf kepada Sajat dan ada juga yang mendoakan Sajat cepat sembuh dan segera bertaubat.
@jen.rjane Sajat +ve c0v!d 😷 Doctor suspect je sajat *c* word sebab tengok dia lost we!ght byk. Hopefully next week CT scan takde apa2. Lets pray for sajat's health semuanya ❤️ #sajat #sajatlive #nursajat237 #nursajat #fyp #foryoupage @nursajat kamaruz zaman @nursajat23 ♬ original sound - 𝓳.𝓻𝓳౨ৎ
Sajat memaklumkan doktor hanya mengesyaki dia menghidap penyakit berbahaya itu. Katanya, dia disarankan menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh serta Imbasan Tomografi Berkomputer atau CT Scan bagi mendapatkan pengesahan.
“Sebenarnya saya hanya disyaki hidap kanser bukannya betul lagi sebab doktor terkejut tengok saya kurus mendadak.
“Dia kenal saya, tanya ada pening-pening ke? Dia periksa tekak, mata dan minta jalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh.
“Biasalah doktor di sini akan tanya macam-macam bila tengok kita kurus. Lagipun, doktor tahu saya ada kad kesihatan, jadi nak buat tuntutan,” katanya dalam perkongsian TikTok.
Menurut Sajat yang kini bermastautin di Australia, keadaan berat badannya semakin berkurangan disebabkan aktif menyertai kelas tarian, selain berdiet.
“Saya kurus sebab masuk kelas menari, selain tukar rutin diet. Doktor pula bila tengok kita kurus, dia akan mensyaki yang bukan-bukan.
“Tak tahulah betul atau tidak, kalau betul pun biarlah. Tak kuasa, malas nak fikir. Lagipun, anda semua bukan sayang saya pun,” ujarnya secara berseloroh.
Pempengaruh media sosial berusia 38 tahun itu turut mengakui tertekan apabila keadaan tubuhnya dipersoalkan segelintir individu terutama ketika melakukan siaran langsung.
Perkara tersebut membuatkannya lebih beremosi tambahan pula pada ketika dia tinggal bersendirian di negara orang.
“Anda semua pun asyik tanya adakah saya sakit? Benda itu buatkan saya jadi emosi, sudahlah saya seorang diri di sini.
“Di sini doktor cakap saya sakit, anda pun asyik tanya benda yang sama, sakit hati pula saya dengar.
“Apa pun saya berharap apa yang disebutkan doktor itu sekadar andaian, bukan betul-betul,” ujarnya lagi.
Dalam perkongsian sama, Sajat menyatakan hanya dapat ke hospital semula pada minggu depan selepas disahkan Covid-19.
Kini dia yang berdepan simptom batuk serta rasa mual perlu menjalani fasa kuarantin di kediamannya sahaja.