Peminat Terserempak Zul Ariffin Dengan Gayatri Habiskan Masa Bersama

TERKINI
November 10, 2017 - 05:08 PM


Selepas kekasihnya Zahirah MacWilson dikatkan dengan Kamal Adli, percintaan antara Zul dan Zahirah dikatakan hampir berakhir selepas timbul kisah yang satu ni.

Kononya, hubungan Zul dengan individu yang pernah dikatikan dengannya dahulu kini bertaut kembali.

Persoalan timbul apabila Zul dan individu tersebut, Gayatri Su-Lin yang merupakan penerbit filem J-Revolusi dilihat muncul di kampung halaman Zul sendiri di Taiping. Tidak mahu membuat andaian awal, kerana Zul di sana atas sebab penggambaran filem arahan Mamat Khalid iaitu Hantu Kak Limah, manakala penerbit filem berkenaan pula ialah Gayatri sendiri.

Mungkin ini hanya andaian yang dibuat oleh peminat menurut satu artikel di mStar Online. Kerana menurut peminat tersebut, dia nampak Zul dan seorang wanita tetapi bukan Zahirah, sebaliknya Gayatri.

Katanya Zul hanya menghabiskan masa terluang selepas penggambaran. Tapi, kita pun masih tertanya, apa sebenarnya status Zul dengan Zahirah? Still ada ataupun dah tak ada apa – apa. Dan dengan Gayatri ni macam mana pulak? Nak tahu jugak kesudahan cerita mereka ni...

 

Tapi,macam-macam mana pun, kita jangan buat spekulasi dulu, tunggulah tuan punya badan keluarkan statement berkenaan hal ini ye…

 

Sumber : mStar Online