Penampilan Aizat Amdan Dikritik Teruk Pakai Tali Pinggang WWE di Konsert Yunaverse

HIBURAN
October 23, 2023 - 05:02 PM


Penyanyi lelaki, Aizat Amdan sememangnya terkenal dengan karya-karya yang luar biasa. Dia juga telah mengikuti jejak Yunalis Zarai atau Yuna dengan cuba berkarya di luar negara.

Namun, penampilan Aizat di konsert Yunaverse di Mega Star Arena telah mendapat perhatian ramai apabila fesyen penyanyi berkenaan dikatakan mirip selebriti antarabangsa, Sam Smith.

 

@ariaputerakamal

Aizattt Amdan !!!

♬ original sound - Aria Putera Kamal

Penampilan terbaru jadi perbualan

Menerusi perkongsian video yang diperoleh dari akaun TikTok ariaputerakamal, Aizat atau nama panggungnya bagi pasaran luar negara iaitu Ai.Z telah mengenakan pakaian berwarna biru serta seluar pendek silver membuatkan netizen terkejut.

Sudah tentu fesyen berkenaan kelihatan asing buat para peminat penyanyi lagu Sungai Lui itu lebih-lebih lagi yang telah mengikuti penyanyi itu sejak dari program Akademik Fantasia dahulu.

Rata-rata komen di posting tersebut membahaskan tentang penampilan selebriti berkenaan dan mengaitkannya dengan Sam Smith iaitu penyanyi asal United Kingdom

Walau bagaimanapun, masih ada yang mempertahankan penampilan selebriti berkenaan kerana dia memang bergaya seperti itu jika mengikuti perkembangan kerjayanya sebagai Ai.Z.

Ada juga yang mengakui terkejut dengan penampilan seperti itu namun tetap mendukung kerjaya seni penyanyi berkenaan kerana tahu karya yang dihasilkan cukup luar biasa.