Pencetus Ummah Kini Dilebel Pencetus Kontroversi

TERKINI
October 01, 2018 - 04:06 PM


Hangat isu tentang teguran dari Pencetus Ummah (PU) mengenai situasi yang berlaku dalam negara sekarang. Ramai mula memberi kritikan negatif terhadap teguran PU ini, seoleh-oleh mahukan perhatian sehingga benda yang tidak patut ditegur pun PU utarakan.

Jika dilihat trend zaman sekarang netizen atau sesiapun masing-masing lantang mengeluarkan pendapat. Bagi kami, pendapat PU terutama PU Amin ada baik dah buruknya. Tak salah pun apa yang dikongsikan oleh PU Amin. Lagi-lagi isu tentang LGBT. Benda salah tetap salah. Tegur secara lembut pun tiada guna kalau pihak yang ditegur masih tak nak ambil pusing. 

Yang mencetuskan kontroversi adalah dari netizen sendiri sebenarnya. Semua benda nak dikritik. Kalau bukan PU yang menegur siapa lagi nak tegur kan. Kita nak tegur mungkin suara kita tak dipandang. Betullah apa yang dibuat oleh PU Amin. Bab menyinggung perasaan tu perkara biasa. Kita tak boleh lari dari menjaga hati semua orang. 

Isu tentang pencetus kontroversi adalah berpunca dari individu sendiri. Dah buat salah secara terang-terang lepas tu promote pula dekat media sosial, korang ingat tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini nak berdiam sahaja dengan orang yang buat salah? Benda salah tetap salah bro. Tak ada isunya nak cetuskan kontroversi. Mungkinlah boleh diperlembutkan sedikit teguran dari PU Amin tapi kalau tegur secara lembut pun belum tentu berhasilkan. 

Jadi apa kata korang setujukah dengan cara teguran PU Amin di media sosial? Atau perlu di perlembutkan lagi?