
Pengacara Rancangan Pesona Muslimah Mohon Maaf Atas Tarian Melampau di Zouk
VIRALHari ni agak kecoh tentang kes pelancaran tudung terbaru Neelofar Hijab yang berlansung di kelab malam Zouk. Bukan sahaja di sebabkan pemilihan tempat yang tidak sesuai untuk pelancaran jenama tudung malah kejadian tarian oleh beberapa muslimah di Zouk yang agak terlampau juga turut mengundang kecaman natizen.
Terlalu banyak cemuhan dan makian di terima dari natizen membuatkan salah seorang yang juga turut berada di sana tampil meminta maaf di atas kejadian yang tidak di sengajakan itu.
Pengacara rancangan Pesona Muslimah atau Nisa Kay tampil memohon maaf atas kejadian semalam. Video viral tersebut menunjukkan Nisa dan beberapa lagi rakan sedang menari sakan mungkin terlebih excited.
Menurut permohonan maaf dari Nisa Kay mereka sebenarnya hanya menyertai pertandingan “lip-sync battle” yang bertemakan Hollywood. Tanpa di sedari ada yang merakam dan memuat naik di media sosial.
Permohonan Maaf dari Nisa Kay!
Hurmm, kami sendiri pun agak terkejut bila melihat video viral berkenaan dan tak sangka bahawa ianya datang dari pengacara berkenaan.
Apapun memang salah tapi benda pun dah jadi kami harap Nisa pun boleh ambil pengajaran dari kejadian ini supaya tidak berulang di masa hadapan! Natizen juga di harapkan hentilah makian dan cacian terhadap mereka.
BACA: Kecoh!!! Para Muslimah Gelek Sakan di Pelancaran Tudung Hajjah Neelofa di Zouk
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video