Pengiring PDRM Buat Hal, Sampai Bahayakan Nyawa Pengguna Jalan Raya Lain

VIRAL
July 26, 2022 - 03:14 PM


Isu polis pengiring ini ternyata salah satu isu bermusim. Baru-baru tular satu klip video yang nyata menyebabkan netizen berasa marah dan tidak adil.

Klip tersebut menunjukkan pihak PDRM sedang mengiring satu lori yang membawa satu kereta mewah. Yang menjadi persoalan netizen, apa pentingnya lori yang membawa kereta tersebut sampai diiring dari depan dan belakang.

Lebih membangkitkan amarah netizen, iringan pdrm tersebut memotong di jalan 'double line' sehingga menyebabkan kenderaan lain terpaksa mengelak secara megejut. Lebih mengejutkan lagi ada satu lagi klip video yang memaparkan kejadian yang lebih kurang sama.

Harap pihak PDRM tampil memberi penjelasan yang kukuh di atas kejadian yang berlaku demi menjaga ketenteraman dan rasa hormat rakyat terhadap penjawat awam.