"Pengotor Level Lain" - Wanita Dikecam Makan Nasi Guna Kuku Panjang

TERKINI
September 09, 2022 - 06:33 PM


Seorang wanita di  Jogjakarta menjadi mangsa kecaman netizen apabila menunjukkan aksinya sedang makan nasi dengan keadaan kukunya yang panjang tanpa menggunakan sudu, lapor laman berita Wolipop hari ini.

Berdasarkan klip video yang dikongsikan di laman TikTok, wanita dikenali sebagai Dewi itu dilihat memiliki kuku jari yang amat panjang sehingga kelihatan melingkar seperti akar pokok.

@dewiyahya_79 Membalas @@ummyyysh ♬ Tiba-tiba (Speed Up) - Quinn Salman

Dewi memaparkan aksi makan nasi menggunakan jarinya tanpa mengalami sebarang masalah.

“Makan nasi pakai kuku,” demikian menurut keterangan video tersebut.

Video tersebut menjadi sasaran kecaman netizen yang memberikan pelbagai komen.

“Utamakan kebersihan, bukankah kebersihan itu sebahagian daripada iman,” kata seorang pengguna media sosial.

Komen-komen yang diberikan mendapat respons daripada Dewi yang membalas kembali kata-kata netizen.

“Adakah ia satu masalah buat anda? Ia tidak merugikan hidup anda,” kata Dewi. 

Destination: