Pengunjung Gempar, Pavilion Tiba-Tiba 'Meletup'!

VIRAL
August 22, 2022 - 11:41 AM


Pada petang Ahad, pengunjung di pusat beli-belah Pavilion di ibu negara gempar dengan bunyi letupan kecil yang berlaku dipercayai berpunca akibat kejadian litar pintas.

Peristiwa yang mencetuskan panik di kalangan pengunjung Pavilion itu sempat dirakam dan satu video berdurasi dua minit 30 saat tersebar di TikTok menunjukkan berlaku letupan kecil di pusat beli belah itu.

Dalam video berkenaan memaparkan beberapa petugas di pusat beli-belah berkenaan memadam api yang tercetus akibat letupan kecil terbabit.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur bagaimanapun berkata pihaknya tidak menerima sebarang panggilan kecemasan daripada pusat beli-belah berkenaan berhubung kejadian itu.

"Kita sudah menghubungi pihak pengurusan bangunan pusat beli-belah itu dan dimaklumkan kejadian letupan itu membabitkan pendawaian dipercayai akibat litar pintas.

"Kejadian kira-kira jam 6 petang itu berjaya dikendalikan oleh pihak pengurusan bangunan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi memaklumkan, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

VIDEO PENUH DIRAKAM PENGACARA POPULAR, DATUK AZNIL NAWAWI / PAK NIL

@datukaznilnawawi Paknil tengah tunggu giliran nak masuk untuk walk baju @Neonate Clothing Co ♬ original sound - Datuk Aznil Nawawi
Destination: