Pengurus Program ‘Running Man’ Janjikan Episod Epik Sempena Percintaan Lee Kwang Soo

TERKINI
January 09, 2019 - 03:30 PM


Pastinya ramai tak sabar untuk saksikan episod Running Man yang akan datang ini! Dalam satu sidang media, Producing Director (PD) yang mengendalikan rancangan tersebut Lee Hwan Jin memberitau yang episod epik ini akan menjadi ‘liar’.

Kalau nak ikutkan Lee PD ni memang ada memuat naik satu gambar ahli-ahli Running Man di Instagramnya (@hwanjine) sambil Lee Kwang Soo berada di tengah.

Ini merupakan rakaman pertama program realiti kegemaran Korea tersebut selepas berita Kwang Soo dan Lee Sun Bin bercinta tersebar.

Apa yang menarik pada sidang media tersebut ialah, pengumuman yang aka nada episode Running Man berkenaan kisah cinta Kwang Soo dan Lee Sun Bin.

Rasa macam tak sabar pulak nak nantikan episod tu nanti! Sementara tu, kita layan dulu la Running Man Episod 433 ni...