Wah, Lee Kwang Soo Bercinta Dengan Lee Sun Bin!

TERKINI
December 31, 2018 - 01:30 PM


Kalau siapa-siapa yang follow rancangan realiti Korea yang paling popular Runningman mesti kenal sangat akan seorang daripada ahlinya iaitu Lee Kwang Soo.

Selalu berperangai ‘masuk air’, suka khianat ahli lain, main kotor, paling ‘malang’ sebut sahaja, mesti Kwang Soo akan terlibat.

Sebelum ini, Kwangsoo dikatakan ‘try’ Lee Sun Bin, salah seorang ahli kumpulan pop korea JQT masa dia buat kemunculan dalam Runningman sambil bergurau mereka akan kahwin dalam masa dua minggu. Rupa-rupanya, perkara tersebut mungkin jadi kenyataan.

Terbaru, satu laporan secara eksklusifnya mendedahkan yang sebenarnya Kwang Soo dan Sun Bin dah ‘dating’ selama 5 bulan! Wow, tahniah Kwang Soo! Akhirnya ada jugak yang nak. Hahaha.

Laporan sama mendedahkan, Kwang Soo sering mempelawa Sun Bin ke majlis-majlis yang dia pergi dan dengan cool nya memperkenalkan Lee Sun Bin sebagai girlfriendnya. Dalam masa yang sama, agensi Lee Kwang Soo iaitu King Kong by Starship sendiri turut mengesahkan perkara berkenaan.

Nampaknya ‘Prince Of Asia’ – gelaran yang Kwang Soo sendiri bagi dekat dirinya ni dah ada girlfriend. Patah hatilah peminat Kwang Soo nanti…