Penonton Pawagam Bengang Penggera Berbunyi Angkara Vape!

TERKINI
May 31, 2023 - 04:27 PM


Umum memahami yang perokok susah untuk berhenti merokok kerana sudah ketagih, maka untuk hilangkan ketagihan tersebut mereka merokok di tempat lain untuk elak kita rasa tak selesa.

Ada yang cari alternatif berhenti merokok dengan mengambil vape namun lain yang terjadi di sebuah panggung wayang sekitar Damansara apabila penggera berbunyi disebabkan ada penonton yang hisap vape ketika menonton filem.

Kejadian tersebut dikongsi menerusi tweet @amofficial di Twitter yang mengatakan semua penonton cemas apabila penggera kecemasan berbunyi tak sampai 5 minit tayangan filem berikut. 

Dia ketika dihubungi pihak media mengatakan orang yang hisap vape tersebut tidak duduk sepanggung dengan mereka namun kesemua penonton dari hall lain diarahkan keluar di perkarangan panggung tersebut disebabkan penggera berbunyi. Pihak pawagam memaklumkan yang pelaku sudah pun ditangkap.

Menurut @amofficialmy juga, dia turut kesal dengan kejadian tersebut yang mengganggu masa tontonannya kerana pihak pawagam tidak menghentikan tayangan buat sementara mereka di luar panggung. Masuk-masuk je dah nak habis tayangan.

Sejurus melihat video perbuatan sebegini di Twitter, pelbagai kecaman yang dilemparkan terhadap si pelaku yang menghisap vape dalam panggung wayang tersebut.

Kita ni-kan hidup bermasyarakat, jadi hormatlah dengan orang sekeliling dan jangan buat perkara yang mementingkan diri sendiri. Orang ramai faham saja dengan ketagihan merokok atau vape ni, tapi 'berasap'-lah di tempat lain tanpa menyusahkan orang.

Min tengok sekarang ni ramai yang dah mula merokok di tempat-tempat awam tanpa tengok orang sekeliling. Larangan merokok di tempat sebegitu dah berhenti ke? Jadi, faham-fahamlah ye.

Sumber berita : Majoriti