Peraturan Baru Untuk Masuk New Zealand Bermula Oktober

March 29, 2019 - 11:35 AM


Jika anda ada perancangan untuk ke New Zealand tahun ini, pastikan anda faham dan ambil tahu berkenaan peraturan baru yang bakal dikenakan oleh mereka berkuatkuasa Oktober nanti.

Kalau sebelum ini, memang Malaysia termasuk dalam senarai negara yang mendapat pengecualian visa sekiranya tempoh lawatan ke New Zealand kurang daripada 3 bulan.

Peraturan baru yang diperkenalkan nanti sebenarnya adalah penggunaan ETA (Electronic Travel Authority). Peraturan ini secara tak langsung melibatkan pelancong dari Malaysia untuk memohon ETA secara online.

Berkuatkuasa Oktober nanti, langkah ini dilakukan untuk meningkatkan keselamatan dan mengurangkan risiko penyeludupan dan biosekuriti disebabkan New Zealand menerima ramai pelawat dan pelancong ‘short-term’ yang datang dari negara-negara yang mendapat pengecualian visa.

Untuk kita dari Malaysia, perlu mengisi ETA secara online dan membayar antara NZ$9 hingga NZ$12 (~RM25 – RM33) dan mengambil amsa dalam 72 jam untuk mendapat kelulusan.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web Imigresen New Zealand di bawah. 

Sumber | New Zealand Immigration

Destination: 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video