Perbaharui Garis Panduan Pengguna, Youtube Sekat Cabaran Atau ‘Prank’ Berbahaya

VIRAL
January 17, 2019 - 05:31 PM


Selepas ini, kandungan yang melibatkan ‘prank’ atau challenge yang berbahaya kepada pengguna laman web penstriman video terkenal, Youtube akan disekat.

Pembaharuan terhadap garis panduan pengguna tersebut adalah tepat pada waktunya disebabkan kebanyakan pengguna internet lebih mahukan kemahsyuran daripada memikirkan kesan dan akibat yang mereka akan terima.

Jadi, selepas ini tiada lagi kandungan yang berunsurkan perbuatan yang berbahaya mahupun yang boleh membawa maut dipaparkan di YouTube lagi.

Selain beberapa challenge yang kadangkala memang tak masuk akal dan membahayakan, platform YouTube juga mempunyai banyak kandungan video ‘prank’. Ada daripadanya biasa-biasa sahaja, tetapi semenjak du ani, video yang dinaikkan sebagai ‘hiburan’ ini sangat keterlaluan sehingga boleh mengakibatkan kecederaan dan bahaya kepada pengguna.

Selain prank dan challenge, YouTube kini melarang kandungan yang boleh memberikan tekanan emosi yang teruk kepada penonton. Dalam erti kata lain, kalau seseorang tengok video tersebut, ia akan membuatkan emosi mereka terjejas teruk.

Good job YouTube!

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video