'Pick-up Point' Khas Disediakan Buat Perkhidmatan E-Hailing Di KLIA & KLIA 2

TERKINI
July 25, 2019 - 03:09 PM


Pihak Malaysia Airport baru – baru ini telah menetapkan kawasan khas untuk menurunkan dan mengambil penumpang yang menggunakan perkhidmatan e-hailing.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Group, Raja Azmi Raja Nazuddin, mereka dalam perancangan untuk menyediakan juga sebuah kawasan khas percuma untuk pemandu – pemandu syarikat e-hailing.

Berkuatkuasa 1 Ogos nanti, kawasan pengambilan khas penungpang di KLIA adalah di Gate 3 dan 4, Terminal Utama dan di KLIA 2 ditetapkan di Hab Pengangkutan, Tingkat 1 gateaway@klia.

Tambah Raja Azmi lagi, langkah ini dibuat bagi memastikan keselesaan dan kemudahan kepada pengguna lapangan terbang yang juga merupakan pintu masuk utama pelancong ke negara ini.

Walaubagaimanapun, kawasan ini hanya dikhaskan untuk menurunkan dan mengambil penumpang sahaja dan para pemandu tidak dibenarkan untuk menunggu melebihi 5 minit di satu-satu tempat.

Selain itu, kesemua kenderaan e-hailing akan diberikan pelekat khas supaya mudah untuk dicam oleh penumpang dan jika tiada pelekat berkenaan, kenderaan mereka tidak akan dibenarkan memasuki kawasan khas berkenaan.

 

Sumber : The Star