Premium Outlet Terbaru Bakal Dibina Di Langkawi, Dijangka Siap Sepenuhnya Menjelang 2026!

TERKINI
May 10, 2019 - 10:52 AM


Pulau Langkawi sememangnya cukup terkenal dalam kalangan orang kita dengan pulau bebas cukai dan pulau perlancongan yang mempunyai pelbagai tarikan dan lagenda tersendiri.

Selain pelancong tempatan, disebabkan lokasi Langkawi yang berdekatan dengan Thailand ini, ianya kadang kala menjadi destinasi persinggahan ramai pelancong sebelum mereka ke Thailand menggunakan feri.

Langkawi Premium Outlet (LPO) dijangka menjadi satu lagi mercu tanda dan daya tarikan pelancong untuk ke Pulau Langkawi. Selain mempunyai pusat beli-belah, LPO dikhabarkan bakal mempunyai hotel yang mempunyai 300 buah bilik, kediaman dan juga taman tema air.

JPO yang menjadi 'kegilaan' ramai dahulu

Bakal dikenali sebagai G’Lang Nest, projek Premium Outlet ini bakal dibangunkan sebagai pembangunan bersepadu dan bakal dimulakan pada tahun hadapan. Projek yang melibatkan tiga fasa ini bakal siap sepenuhnya pada tahun 2026.

Selepas JPO, GPO pulak jadi tarikan ramai~ 

Buat masa ini, belum ada gambaran rasmi mengenai G’Lang Nest melainkan gambar ilustrasi sahaja. Kalau ada nanti, kami akan update ye.