Pukul Dan Seksa Anjing, Tiga Lelaki Ditahan

TERKINI
July 10, 2023 - 01:48 PM


Sifat empati perlu ada bukan sahaja pada manusia bahkan juga haiwan. Baru-baru ini viral satu video yang mengejutkan netizen Malaysia. Video tersebut memaparkan tiga lelaki yang sedang memukul anjing menggunakan kayu di Kampung Telok Tempoyak, Batu Maung,

Ketiga-tiga suspek telah ditahan. Suspek berusia antara 40 hingga 53 tahun itu ditahan bermula 11.45 malam tadi hingga 1 pagi hari ini di sekitar Batu Maung.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata, ketiga-tiganya bekerja sebagai pemandu bas, nelayan dan ejen kargo, direman tiga hari hingga 12 Julai.

"Mereka tidak mempunyai rekod lampau dan ujian saringan air kencing juga bebas daripada pengambilan bahan terlarang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 

Destination: