"Tengok Trailer Pun Dah Rasa Berdosa, Macam Mana LPF Boleh Lepas" - Ramai Pertikai Filem Pulau Tayang Mac Depan

TERKINI
January 18, 2023 - 03:30 PM


Sejak akhir-akhir ini dapat dilihat industri perfileman Malaysia semakin berkembang dengan mencuba beberapa genre berbeza, sekaligus menghasilkan plot cerita yang unik dalam usaha menarik perhatian penonton.

Bukan itu sahaja, malah industri animasi negara juga turut menunjukkan peningkatan dengan kutipan tayangan yang sangat memberangsangkan.

Di sebalik cubaan serta usaha untuk menghasilkan filem yang unik, tular baru-baru ini apabila sebuah filem tempatan bertajuk "Pulau" mengeluarkan trailer rasmi mereka yang menyaksikan lakonan pelakon-pelakon seperti Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Namron, Ms Puiyi, Mark O Dea dan Vikar.

Mengisahkan mengenai kumpulan lelaki dan wanita ini yang ke sebuah pulau sebelum bertemu dengan makhluk ‘seram’ -- trailer filem Pulau telah mendapat kritikan dan reaksi yang pelbagai daripada para netizen selepas didapati terdapat unsur soft porn dalam filem ini.

Tidak hanya memaparkan lelaki tidak berbaju serta wanita berbikini, kehadiran model dan Influencer, Ms Puiyi yang melakonkan aksi menghairahkan dilihat sebagai babak yang tidak sesuai untuk filem tempatan. 

Menerusi respon netizen, orang ramai tertanya-tanya bagaimana filem ini mampu melepasi tapisan Lapisan Penapis Filem (LPF) selepas memaparkan babak yang didakwa tidak bersesuaian.

Tidak kurang juga yang membandingkan filem ini dengan filem yang pernah dihalang sebelum ini kerana didakwa menyentuh isu politik negara.

Sebelum ini, filem ini turut mendapat kritikan selepas mengeluarkan poster terawal mereka yang dilihat sangat mirip dengan filem Hollywood iaitu 'Fantasy Island'.

Untuk rekod -- filem ini bakal ditayangkan di pawagam pada 9 Mac depan.

Destination: