
Rakam Detik Bini Bersalin, Aliff Syukri di Hentam Netizen Lagi
VIRALDetik-detik bersalin seorang isteri memang suatu keajaiban, pengorbanan melahirkan anak memang tidak dapat di balas oleh setiap insan. Di saat-saat inilah perlunya suami menemani isteri bertarung nyawa demi melahirkan zuriat.
Bagi suami yang berjaya menemani isteri di bilik bersalin memang, kami bagi thumb up untuk anda. Namun lain pula apa yang menimpa Datuk Alif Syukri.
Baru-baru ni Datuk Aliff ada berkongsi satu video di mana isteri beliau sedang bertarung nyawa melahirnya bayi mereka. Mungkin untuk menunjukkan kepada netizen bahawa pengorbanan seorang melahirkan anak amat besar maknanya.
Walaubagaimanapun video tersebut mendapat kecaman netizen yang beranggapan Datuk Aliff tidak seharusnya berkongsi video tersebut.
Hargailah ibu dan isteri tercinta 😢 pic.twitter.com/eXGgxWufst
— ROTIKAYA (@rotikaya) June 26, 2018
Kami bersetuju dengan netizen, ada sesetengah video kita boleh berkongsi, namun seeloknya detik seperti ini cukuplah hanya sekadar tatapan sendiri sahaja.