Rakyat Malaysia Bakal Dikenakan Levi Untuk Ke Luar Negara





Nampaknya anda yang bakal ke luar negara akan dikenakan levi pelepasan setelah Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Levi Pelepasan 2019 semalam.

Untuk pengetahuan anda, levi pelepasan akan dikenakan ke atas semua penerbangan yang ke luar negara mulai 1 Jun 2019. Anda bakal dikenakan levi sebanyak RM20 jika ke negara Asean dan RM40 untuk negara lain.

Walaubagaimanapun, levi pelepasan ini hanya dikenakan kepada penumpang penerbangan setakat ini dan akan diperluaskan kepada pengangkutan lain. Levi pelepasan ini merupakan antara usaha kerajaan untuk menggalakkan pembangunan pelancongan domestik.

Justeru itu, pelaksanaan levi pelepasan ini dijangka akan membawa hasil sebanyak RM900 juta hingga RM1 bilion setahun.