Nak Renew Passport? Kini Anda Boleh Selesaikan Secara Bersemuka

TERKINI
April 29, 2022 - 02:23 PM


Hari ini, pihak imigresen mengeluarkan satu kenyataan melalui sebuah posting di laman Facebook dan menurut kenyataan tersebut difahamkan Sistem Temujanji Online atau STO yang diperkenalkan sebelum ini akan dimansuhkan.

Perkara ini dilakukan setelah pihak imigresen mendapati terdapat peningkatan mendadak sebanyak 40% bagi permohonan passport baharu serta urusan memperbaharui passport selepas kerajaan mengumumkan pembukaan semula sempadan negara 1 April yang lalu.

Berikutan itu, JIM telah mengambil langkah-langkah bagi mengatasi kesulitan tersebut seperti :

  • Memansuhkan STO bagi semua pejabat pengeluar pasport di luar Lembah Klang mulai 9 Mei.
  • Mansuhkan STO bagi semua pejabat pengeluar pasport di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor mulai 16 Mei.
  • Mereka yang menerima temujanji selepas 16 Mei tidak perlu patuhi tarikh yang diberikan.
  • Semua pejabat pengeluar pasport di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Johor Bharu, Melaka dan Negeri Sembilan akan beroperasi hari Sabtu, jam 8 pagi hingga 1 petang bermula 14 Mei
  • Waktu operasi kaunter UTC di Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bharu akan dipanjangkan sehingga 10 malam bermula 16 Mei.

Selain itu, perkhidmatan permohonan PMA tanpa perlu melalui STO seperti di Putrajaya di mana semua permohonan di bawah kategori baharu, warga emas, OKU, pelajar, kanak-kanak dan pemohon yang akan menunaikan haji boleh terus hadir ke kaunter.

Namun begitu,  bagi permohonan pembaharuan PMA, Pejabat Pasport Putrajaya hanya akan memproses permohonan yang dibuat di atas talian dan hanya pemohon yang telah menerima notifikasi melalui e-mel sahaja akan diberi perkhidmatan.

Destination: