Ratusan Tetamu Motel Korea Selatan Dirakam Secara Rahsia – Distrim Atas Talian
Satu laporan mengejutkan didedahkan oleh CNN melibatkan bilik motel di Korea Selatan hari ini. Menurut pihak polis, lebih 1600 orang terdiri daripada penyewa bilik motel di Korea Selatan telah dirakam secara rahsia dan video mereka telah dijual atas talian oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Dua lelaki telah ditahan sementara siasatan masih diteruskan untuk mendedahkan lagi kegiatan tidak bermoral kumpulan tersebut yang dikhabarkan melibatkan 42 buah bilik di 30 motel berlainan di 10 bandar sekitar Korea.
Walaubagaimanapun, pihak Polis menafikan pembabitan motel berkenaan dengan sindiket tersebut. Kesemua penginapan yang dikenalpasti adalah hotel murah yang dikenali sebagai motel disana.
Sebuah kamera kecil disorokkan dalam pelbagai objek dalam bilik motel termasuklah di tv, soket dinding dan pemegang pengering rambut. Video yang dirakam kemudiannya distrim secara online.
Mengejutkan, laman web tersebut mempunyai lebih daripada 4,000 orang pelanggan dan ada diantaranya membayar untuk mendapatkan perkhidmatan seperti memainkan semula video penstriman tersebut.
Ini bukalah kali pertama kes seumpama ini berlaku di Korea namun ini adalah kali pertama penemuan polis yang membuktikan video tersebut disebarkan di internet.
Nota Editor : Berhati-hati ketika menyewa atau menginap di hotel murah baik diluar atau di dalam negara. Untuk keselamatan, selidik dulu cari objek yang meragukan.
40 Tips & Tricks Bercuti Ke Korea
11 Makanan Tempatan Di Korea Selatan Yang Halal Dimakan