"Rebut Kerusi Punya Pasal, Sampai Bertekak Dalam MRT!" - Insiden Pertengkaran Antara Warga Singapura & Malaysia Cetus Ketegangan
TERKINISemua sedia maklum, hubungan antara rakyat Malaysia dan Singapura cukup erat. Boleh dikatakan macam adik-beradik. Saling bergurau namun juga saling menghargai. Ramai juga rakyat Malaysia yang mencari rezeki di sana.
Namun, kecoh di media sosial seorang warga Singapura bergaduh bersama seorang pemuda dari Malaysia sehingga meraih kritikan dan perhatian netizen.
@w4yne3 ♬ original sound - w4yn3
Menerusi video yang dimuat naik oleh @w4yn3 di laman TikTok, kelihatan seorang lelaki yang sudah berusia memarahi seorang pemuda yang sedang duduk bertentangan dengannya di dalam sebuah MRT.
Difahamkan, menurut laporan Singapore Uncensored, pertengkaran itu berlaku disebabkan oleh perebutan kerusi di antara mereka.
Dikatakan, lelaki warga Singapura itu bertindak agresif disebabkan pemuda tersebut tidak menghormatinya yang duduk di kerusi yang telah dikhaskan kepada warga emas.
Tidak puas hati dimarahi depan umum, pemuda tersebut mengajak lelaki itu bertumbuk namun, nasib baik tidak berlaku.
Kesudahannya kedua-dua lelaki itu dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa Singapura. Individu yang membuat gangguan di kawasan awam secara berlebihan boleh dikenakan denda sehingga $1,000 atau penjara tiga bulan.