Remaja Patah Hati, Sanggup Ancam Warga Kampung Dengan Anak Panah!

TERKINI
November 03, 2022 - 05:24 PM


Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan polis selepas mengancam untuk melepaskan anak panah terhadap penduduk di Cendrawasih di Makassar.

Aksi remaja lelaki yang didakwa baru putus cinta itu dirakam menerusi CCTV milik sebuah premis perniagaan di lokasi kejadian.

Remaja itu dilihat mengacukan anak panah terhadap penduduk setempat sebelum cubaannya digagalkan sekumpulan penduduk yang lalu di lokasi kejadian.

Jurucakap polis, Lando KS memberitahu, remaja itu mengakui perbuatannya kerana terlalu kecewa akibat ditinggalkan kekasih.

“Suspek memberitahu dia mahu mencari lelaki yang merampas kekasihnya dan membalas dendam,” kata Lando kepada Kompas.com. Selain itu, polis turut merampas beberapa bahan bukti termasuk anak panah dan busur.

Destination: