Restoran Nasi Briyani Popular di Pulau Pinang di Arah Tutup Kerana Kotor

TERKINI
July 13, 2018 - 01:00 PM


Sebuah restoran nasi briyani terkenal di bandar raya George Town, Pulau Pinang, diarahkan tutup dua minggu oleh Jabatan Kesihatan Pulau Pinang kerana beroperasi dalam keadaan kotor.

Notis perintah tutup oleh Kementerian Kesihatan ditampal di restoran berkenaan yang terletak di Lebuh Chulia, Pulau Pinang.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Wan Mansor Hamzah, berkata pemeriksaan mendapati tahap kebersihan restoran berkenaan tidak memuaskan berikutan penemuan tempat pembiakan lipas di dalam premisnya.

Pegawai kesihatan memberi notis penutupan dua minggu kepada restoran tersebut bermula Khamis. Arahan dikeluarkan selepas beberapa pegawai membuat pemeriksaan dan menemui tempat pembiakan lipas di dalam premis.

Restoran yang kotor macam ni sepatutnya di tutup bukan sahaja 2 minggu, seeloknya 2 tahun. Biar berakal sikit peniaga. Zaman sekarang ni tahu nak kaut untung jer. Dah la mahal satu hal, kotor pulak tu.