Rumah Tony Stark Dalam Filem Avengers : Endgame Sebenarnya Sebuah Airbnb!

TERKINI
June 12, 2019 - 11:51 AM


Masih tak boleh move-on dengan Avengers : Endgame? Mungkin korang perlukan satu percutian ke Atlanta, lebih tepat, ia merupakan sebuah kabin dalam hutan yang terletak 20 minit daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield – Jackson, Atlanta, Georgia,  Amerika Syarikat.

Apa menariknya kabin dalam hutan ini? Bukan pemandangan, bukan rekaan dalaman, tapi ia merupakan ‘rumah’ Iron Man atau Tony Stark dalam filem Avengers : Endgame.

Mula heboh di Reddit, kabin ini ditemui oleh salah seorang pengguna yang mengatakan ianya sama seperti rumah yang didiami oleh Tony Stark dalam filem berkenaan. Apabila dilakukan perbandingan, memang sah!

Gambar yang dimuat naik di laman Airbnb pun ada menunjukkan beberapa kawasan di rumah berkenaan yang juga berjaya ‘dikesan’ oleh peminat MCU. Antaranya kawasan tangga dan lounge di rumah tersebut.

Seorang lagi pengguna Reddit u/Bradyud turut sediakan bukti bandingan skrinshot filem dan gambar pintu di rumah berkenaan. Korang nilai lah sendiri…

Bradyud juga mengatakan, kabin yang sama turut digunakan dalam penggambaran filem Godzilla yang terbaru ni.

Sebelum ini, ada yang mengatakan sewaan untuk unit ini adalah RM1,394 untuk satu malam.

Bila kami cuba cari listing yang sama di Airbnb, difahamkan sebenarnya harga untuk satu malam dah naik dan harga baru adalah RM3,329 satu malam dan minimum tempahan adalah untuk 3 hari.

Jadi, keseluruhan untuk menginap di ‘rumah’ Tony Stark adalah RM11,274.

Mungkin rasanya Ed (owner) Airbnb ni dah sedar yang kabinnya akan menjadi perhatian, dia naikkan harga dan tambah sedikit diskripsi rumah tersebut sebagai ‘kabin Tony Stark’ dan ‘tempat pengebumian Tony Stark’.

Hurm, pandai amik kesempatan.

Cuba tengok video 'haram' dekat Youtube ni, ada terselit sikit-sikit kabin ni...

Source : Cinemablend | Airbnb