Saintis Jepun Temui Ubat Merawat Kepala Botak Dalam Bahan Kimia Untuk Buat Fries McD!

TERKINI
February 08, 2018 - 11:11 AM


Para saintis Jepun mungkin telah menemukan ubat untuk menyelesaikan masalah kepala botak dan pasukan penyelidik sel stem dari Universiti Kebangsaan Yokohama (YNU) ini berjaya menjalankan kajian tersebut terdadap seekor tikus menggunakan dimethylpolysiloxane.

Bahan kimia terbabit adalah sejenis silikon yang digunakan pada kentang goreng Mc Donald’s bagi menghentikan minyak goreng daripada berbau.

Ujian awal mereka ini menunjukkan bahawa kaedah itu mungkin akan berjaya dipidahkan ke sel kulit manusia. Menurut kajian yang dikeluarkan dalam jurnal Biomaterials pada Khamis lalu.

Penemuan ini muncul selepas saintis terbabit berjaya keluarkan ‘kuman folikel rambut’ (HFG) yang dihasilkan buat pertama kalinya melalui cara ini. HFG merupakan sel yang mampu memacu perkembangan folikel dan dianggap penting dalam penyelidikan tentang ‘kehilangan rambut’.

Professor Junji Fukuda dari YNU dan rakan-rakannya melaporkan terdapat rambut hitam yang tumbuh di bahagian kentang dan berjaya dipindahkan ke atas tikus tersebut.

Menurut Fukuda, mereka berharap kajian mereka ini mampu meningkatkan terapi penumbuhan semula rambut manusia.

 

Sumber : mStar

Destination: