Sambut Hari Krismas Bagi Orang Islam. Boleh Atau Tidak?

VIRAL
December 24, 2018 - 05:36 PM


Tiap kali hadirnya hari Krismas, ramai juga orang Islam turut mula gelabah termasuk mufti-mufti dan juga pendakwah online mengeluarkan statement masing-masing. Seperti kita ketahui Hari Krismas di sambut oleh mereka yang beragama Kristian. Jadi kita sebagai orang Islam sepatutnya tidak cepat melatah dengan Hari Krismas.

Kita hidup di Malaysia dengan pelbagai budaya dan agama patut saling hormat menghormati. 

Walaubagaimanapun kalau korang hidup dalam masyarat dan kawan-kawan yang yang beragama Kristian ada caranya untuk memberi ucapan kepada mereka. 

Sambutan Krismas dilihat sebagai perbuatan mensyirikkan Allah dengan tiga sifat ketuhanan. Mereka mendakwa Tuhan ada anak, sedangkan ia bertentangan dengan pegangan kita dalam Islam.

Mereka (penganut Kristian) menyambut Hari Raya Krismas dengan memasukkan unsur-unsur ini dan mereka mendakwa Nabi Isa sebagai anak tuhan.

Bagaimanapun berkata, terdapat ulama berpendapat menyambut perayaan itu adalah dibolehkan selagi tidak melibatkan pegangan akidah dan cuma melibatkan budaya sahaja

“Sebagai contoh, perayaan Tahun Baru Cina, ia adalah budaya bukan agama tapi yang melibatkan agama, contohnya Hari Deepavali, kita tidak boleh sambut,” jelasnya.

Selain itu, umat Islam diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya memberi ucapan sambutan perayaan itu menerusi laman sosial. 

Lain keadaan sekiranya ada jiran kita beragama Kristian, boleh ucap sebagai tanda menghormati mereka. Namun, tidak boleh suka-suka untuk ucap kepada mereka melalui status yang ditulis secara umum contoh di laman sosial Facebook, ia seolah-olah menunjukkan keredaan kepada agama mereka.

Ada ulama berkata, sebagai meraikan masyarakat majmuk, diizinkan kepada orang-orang tertentu sahaja, namun dalam ruang lingkup yang terhad yang tidak digambarkan melalui perbuatan dan pemakaian kita,” katanya.

 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video