
Satu Logo Parti Sahaja Bakal Digunakan Oleh Pakatan Harapan Pada PRU
VIRALMenjelang PRU yang akan datang, gabungan parti pembangkang atau Pakatan Harapan mengambil keputusan untuk menggunakan satu logo sahaja.
Walaupun tindakan mereka dikatakan berani, namun menurut penganalisis dari Ilham Centre, Hisomuddin Bakar; keputusan tersebut bakal mengundang risiko yang tinggi kerana kekeliruan akan timbul kepada penyokong dan ahli parti masing-masing.
Mengatakan bahawa ada kelompok masyarakat yang akan skeptikal terhadap strategi terbabit, Hisomuddin berkata Pakatan Harapan perlu bijak menangani dan berdepan dengan penyokong parti masing-masing untuk meyakinkan mereka.
Dalam satu siding media semalam, pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir mengumumkan bahawa mereka terpaksa menggunakan satu logo daripada mana-mana parti dibawah gabungan pada PRU akan datang.
Ini berikutan pendaftaran nama Pakatan Harapan belum diluluskan oleh RoS atas sebab-sebab teknikal.
Walaubagaimanapun, keputusan muktamad tentang logo yang akan digunakan masih belum dicapai dan akan diumumkan secepat mungkin. Menurut Hisomuddin, hanya dua logo yang dikatakan sesuai kerana menggambarkan realiti politik semasa iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) ataupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Sumber : Astro Awani
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video