Sekumpulan Lelaki Sewa Vellfire Dan Berpesta Arak Dalam Kolam Renang Homestay Buat Netizen Bengang

TERKINI
July 25, 2022 - 01:53 PM


Baru-baru ini, satu insiden yang tular di Langkawi baru-baru ini apabila terdapat sekumpulan lelaki yang menyewa dan enjoy sakan di sebuah homestay.

Menerusi video yang dikongsikan Andy Suffean Jr. menerusi Facebook Group Info Terkini Apa Hari Ini, dapat dilihat golongan ini seolah tidak mengedahkan sensitiviti tempat yang disewakan serta dengan selamba memasukkan puluhan tin arak sambil meminumnya dalam kolam renang.

Bukan itu sahaja, difahamkan kumpulan ini turut menyewa Toyota Vellfire serta menggunakannya dengan cara tidak berhemah sebelum dihalau oleh pemilik kereta. Tindakan tidak bertanggungjawab yang ditunjukkan jelas memberi masalah kepada pemilik homestay dan kereta dalam membersihkan semula kereta tersebut.

Menerusi video yang tular, para netizen turut meluahkan rasa berang terhadap kumpulan lelaki ini. Berikut merupakan respon netizen mengenai isu yang berlaku.

Tindakan yang boleh dianggap kurang ajar dan tidak beradab ketika melancong ini menyebabkan mereka yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa dan homestay kini perlu berhati-hati dan mentapkan syarat-syarat yang lagi ketat sekali gus boleh menyusahkan kepada mereka yang ingin menyewa dikemudian hari.

Terdapat para netizen yang menharapkan agar pemilik homestay ini mengharamkan terus kumpulan ini serta membuat pembersihan secara penuh sebelum menerima pelanggan baharu. Tidak kurang yang berpendapat tidak adil untuk memukul rata sesebuah kaum hanya disebabkan sebuah video yang tular

Sehubungan dengan itu, diharapkan agar isu seperti ini tidak lagi berulang kerana bukan sahaja mampu membawa imej buruk kepada sesebuah kaum, malah bakal menyusahkan pelbagai pihak khususnya pemilik dan juga pelanggan seterusnya.