Selepas Ini, Rakyat Malaysia Mungkin Boleh Ke Bangkok Dan China Naik Bullet Train

VIRAL
August 06, 2019 - 04:54 PM


Ramai antara rakyat Malaysia ni suka travel ke luar negara, tapi ramai juga yang ‘kandas’ disebabkan kos untuk keluar negara mahal. Kalau anda salah seorang daripadanya, berita ini mungkin boleh buat anda tersenyum.

Selepas ini, akan ada perkhidmatan kereta api laju atau bullet train yang akan menghubungkan bukan sahaja Kuala Lumpur ke Bangkok tetapi terus ke China.

Menurut Bangkok Post, pihak Thailand dalam usaha memperkenalkan kereta api berkelajuan tinggi tidak lama lagi dan ianya sebahagian daripada penambahbaikan sistem pengangkutan di negara berkenaan.

Difahamkan, rancangan kerajaan Thailand ini telah memasuki fasa pembinaan di sebahagian tempat dan ada di beberapa tempat masih menanti pembida dan menurut perancangan, jajaran landasan itu nanti turut masuk ke Malaysia.

Kredit | Bangkokpost

Bakal menggunakan nama ‘Trans – Asean Line’, ia akan menghubungkan Chiang Mai dan Bang Sue, Laos, Cambodia sehinggalah Singapura. Dilaporkan, Thailand melabur sejumlah RM277.7 billion bagi merealisasikan projek yang berjarak 3,193 kilometer ini.

Kredit Infografik : Bangkokpost

Menurut Bangkok Post lagi, kerajaan Thailand sebenarnya telah mula membina sebahagian daripada landasan untuk laluan antara Vientiane ( Laos ) dan Mohan ( China ) dan telahpun 55% siap. Laluan pertama antara Bangkok dan Nong Khai akan siap pada 2023.

Walaupun kedengaran mustahil disebabkan beberapa negara (termasuk Malaysia) masih belum mengeluarkan kenyataan tentang projek ini. Difahamkan, Thailand akan bertemu wakil dari Malaysia, Vietnam dan Indonesia untuk membincangkan perjanjian baharu industri kereta api ini.
 

Diharapkan; projek ini menjadi kenyataan lah.

Sumber : Website | Bangkokpost

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video