
"Semua Berpeluh Dibuatnya!" - Bintang Arsenal Uji Pemain England Mengeja Buat Netizen Berdekah
VIRALDecember 13, 2022 - 03:24 PM
Piala Dunia Qatar 2022 boleh dikatakan piala dunia terbaik sepanjang zaman dan ini juga dipersetujui oleh semua peminat bola sepak. Pelbagai keputusan yang mengejutkan bermula dari peringkat kumpulan sehingga ke peringkat kalah mati.
Setiap kali adanya Piala Dunia, kita akan dihidangkan dengan pelbagai kerenah penonton dan juga pemain! Itulah yang dikongsikan bintang muda England dan Arsenal Bukayo Saka! Menerusi TikTok nya, Saka memuatnaik video di mana beliau menguji kebolehan bintang-bintang England mengeja!
@bukayosaka87 Todays episode of Saka’s Spelling School @James Maddison @Jack Grealish ♬ Cricket Sound - Sound Effects
Segmen tersebut diberi nama "Saka's Spelling School" dan pemain pertama yang menjadi mangsa adalah Maddison dan juga Grealish! Mereka gagal untuk mengeja Aesthetic dan juga Rhythm.
Tak cukup dengan itu, untuk episod kedua Declan Rice pula menjadi mangsa. Dia juga gagal mengeja Pronunciation dan menjadi bahan ketawa Saka dan Mount.
@bukayosaka87 Saka’s Spelling School Episode 2 🫡 Ft @declanrice ♬ original sound - Bukayo Saka
Ada empat episode untuk Saka's Spelling School dan jika anda berminat untuk hiburkan hati melihat bagaimana Marcus Rashford dan Trent berpeluh mengeja perkataan anda boleh terus ke akaub TikTok Bukayo Saka!
Destination:
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video