Semua Pegawai Dan Anggota PDRM Tidak Akan Dinaikkan Pangkat Jika Berat Badan Berlebihan…

VIRAL
November 08, 2017 - 05:06 PM


Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata dalam satu laporan bahawa setiap anggota serta pangawal perlu melepasi ujian BMI bagi memastikan berat badan mereka ideal.

Datuk Seri Zulkifli Abdullah

Semua anggota dan pegawai PDRM berdepan kemungkinan tidak akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat jika berat badan mereka berlebihan. Langkah ini bertujuan unutk menerapkan budaya hidup sihat dalam kalangan warga PDRM.

Ketika ditemui pemberita pada satu program kayuhan basikal di Perlis, beliau bersama pegawai dan anggota PDRM Kontijen Perlis turut membuat kayuhan basikal sejauh 20km yang juga turut disertai oleh Ketua Polis Perlis.

Program kayuhan ini adalah selaras dengan objektif pengenalan program ‘Trim and Fit’ yang dilancarkan tahun lepas. Program ini diadakan supaya semua anggota dan pegawai berada dalam tahap kesihatan yang baik.

Nampaknya, lepas ni lagi ramai lah abang polis yang ‘sado’.

p/s : Jangan semua mintak kena saman sebab nak jumpa abang polis sado sudahlah… =)

 

Sumber : mStar

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video