
Semua Perjalanan Feri Dragon Star Ke Langkawi Dibatalkan – Jabatan Laut Malaysia
VIRAL25 Februari lalu, sebuah feri dilaporkan telah mengalami kebakaran semasa perjalanan dari Langkawi ke jeti Kuala Perlis. Feri yang dikelolakan oleh Dragon Star Shipping berkenaan membawa 52 orang penumpang ketika kejadian berlaku.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Marin semalam telah membatalkan kesemua perjalanan feri milik syarikat berkenaan. Dalam satu kenyataan, berkuatkuasa semalam (18 Mac 2019) syarikat Dragon Star dilarang beroperasi daripada kesemua terminal penumpang di Kuah, Langkawi; Kuala Kedah dan Kuala Perlis.
Keputusan ini dikeluarkan selepas mendapati rekod perkhidmata syarikat berkenaan tidak memuaskan. Ini termasuklah tahap kecekapan pengurusan keselamatan penumpang dan ini secara tidak langsung merisikokan keselamatan penumpang.

Sebelum ini, syarikat Dragon Star Shipping digantung operasi serta merta sehari selepas insiden yang berlaku pada 25 Februari berkenaan.
Nota Editor : Lepas ni, kalau ke jeti Kuala Perlis atau Kuala Kedah, pastikan dulu nama syarikat yang menawarkan perkhidmatan ye…
Air Asia Tarik Penjualan Tiket Melalui Traveloka
Grab Kenakan Caj RM3 ~ RM5 Untuk Pembatalan - Kuatkuasa 25 Mac