
Senarai Password Paling ‘Teruk’ dan Senang Kena Hacked Pada 2017
VIRALDalam era teknologi masa kini, urusan seharian kita menjadi mudah kerana boleh dikatakan kebanyakan perkara boleh dilakukan atas talian sahaja. Sebagai contoh membayar bil, urusan perbankan malah shopping pun dah boleh secara online sekarang ni.
Atas faktor keselamatan, boleh dikatakan kesemua perkhidmatan yang ada memerlukan pengguna mendaftarkan diri dan mencipta satu profail. Salah satu aspek dalam profail seseorang ialah kata laluan ataupun password.
Baik kata akaun media sosial, akaun e-mail sehinggalah urusan perbankan atas talian, kesemuanya perlukan kata laluan. Kata laluan ini adalah sulit dan khusus untuk diri kita sendiri. Malah kita tidak digalakkan untuk berkongsi atau mendedahkan kata laluan kita.
Dalam waktu untuk bina kata laluan, kebanyakan perkhidmatan keselamatan atas talian akan meminta 6- 15 huruf ataupun tanda dan nombor sebagai kata laluan. Ada yang perlukan sekurang-kurangnya satu huruf besar, dan satu nombor seperti Google.
Tetapi, tahukah anda masih ramai yang gunakan kata laluan yang mudah untuk dijangka. Menurut ranking password ‘paling teruk’ yang dikeluarkan oleh Splashdata. Password yang paling teruk dalam erti kata lain, paling senang orang nak teka ialah ‘123456’ dan diikuti oleh ‘password’.
Sebenarnya kedua-dua kata laluan ini telah berada di kedudukan nombor satu dan dua sejak 2011 lagi.
Nasihat kitorang, kata laluan korang tu sepatutnya selalu ditukar-tukar, terutamanya yang melibatkan perkara yang mustahak seperti perbankan. Kata laluan yang korang pakai itu jugak kalau boleh, jangan digunakan yang sama untuk aplikasi berlainan.
Memang agak susah nak ingat bila ada banyak password, tetapi untuk keselamatan, perkara ini memang disarankan.
Dan ini adalah 20 senarai password yang paling mudah diagak atau paling senag kena hack sepanjang 2017 :
1. 123456
2. password
3. 12345678
4. qwerty
5. 12345
6. 123456789
7. letmein
8. 1234567
9. football
10. iloveyou
11. admin
12. welcome
13. monkey
14. login
15. abc123
16. starwars
17. 123123
18. dragon
19. passw0rd
20. master
Sekiranya korang punya password ada dalam senarai ni, korang dah boleh tukar dah password korang tu. Ternyata senang nak teka.
Sumber : The Star
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video