"Sepotong Daging Je RM300 Di Restorannya, Tapi Gaji Pekerja Bagi Ciput" - Chef Popular Dunia Ni Dikecam Netizen

VIRAL
October 13, 2022 - 05:31 PM


Siapa sahaja tidak kenal dengan kehebatan masakan dari Chef terkenal dari UK, Gordon Ramsy -- bukan sahaja kerana masakannya malah dia juga terkenal dengan sikap cepat meradang, tegas, sering melemparkan kata-kata agak celupar.

Ramsy yang popular dengan rancangan TV seperti Hell’s Kitchen, MasterChef dan MasterChef Junior juga baru-baru ini telah membuka sebuah restoran mewah berkonsepkan Bar and Grill di Hotel Sunway Resort di Kuala Lumpur.

Namun ada cerita yang kurang enak didengar di laman media sosial apabila chef bertaraf dunia itu didakwa hanya mengupah pekerja dengan gaji yang rendah -- berbanding harga makanan di restorannya yang seakan bertaraf lima bintang.

Perkara itu diketahui selepas ada individu di Twitter mendedahkan iklan pekerjaan di restoran mewah tersebut yang hanya menawarkan gaji bermula serendah RM1,500 untuk pekerjanya.

Berdasarkan hantaran yang dimuat naik itu, iklan pekerjaan itu menawarkan gaji serendah RM1,500 untuk pelayan manakala RM5,000-RM7,000 untuk chef masakan.

Malah individu itu turut mempertikaikan tindakan restoran mewah itu yang seperti mengeksploitasi pekerja daripada negara dunia ketiga.

Dalam masa yang sama, restoran mewah itu turut menjadi bualan ramai gara-gara harga makanan yang disajikan di situ.

Difahamkan, mereka mengenakan RM300 untuk setiap keping daging lembu Wellington, RM40 untuk kentang lenyek dan RM36 hanya untuk sebotol air.

Perkongsian ini turut menarik perhatian netizen yang berasa terkejut dengan gaji yang diberikan kepada pekerja di restoran mewah tersebut.

Jika diikutkan pada reputasi dan jenama restoran itu, pastinya ramai yang menyangka mereka menawarkan gaji lumayan untuk para pekerja mereka.

Difahamkan, ada individu yang mendakwa pernah bekerja di restoran mewah terbabit dan mengaku gaji yang diberikan adalah rendah.

Walaupun restoran itu menawarkan hidangan dengan harga yang mahal, para pekerja tidak menerima bayaran yang tinggi seperti yang disangka oleh orang ramai.

Destination: