"Serius Lah? Bagi Sebab Itu?" - Lelaki Hadiahkan Isteri Ferrari RM1.2 Juta Kerana Lahir Ramai Anak

TERKINI
August 01, 2023 - 08:12 PM


Bila nampak kereta mewah atau kereta idaman kita semestinya kita akan rasa iri dan memotivasikan diri sendiri untuk dapatkan kereta tersebut. Bila lalu di sebelah kita atau tengok di showroom, mesti 'terliur' tengok kereta-kereta begini kerana harganya tak murah.

Namun kereta sebegitu senang untuk seorang usahawan ini menghadiahkan isterinya supercar Ferrari. Ferrari weh! 

Sebagai tanda terima kasih kerana melahirkan ramai cahaya mata, seorang lelaki membuat kejutan menghadiahkan sebuah supercar jenis Ferrari berharga RM1.2 juta kepada isterinya.

@louisgui_legend_oe hadiah untuk Bini😱😱 #supercar #ferrari ♬ original sound - Boss Lambo

Berdasarkan video tular di media sosial, orang ramai dilihat berkumpul di tepi jalan di Sunway dekat sini untuk melihat kereta tersebut yang dibawa dengan treler dan dihiasi belon pelbagai warna. Mungkin orang ramai pada awalnya tak perasan treler tersebut berisi Ferrari dan menganggap mungkin membawa muatan perabot.

Dalam video terbabit menunjukkan treler yang membawa muatan Ferrari tersebut telah menghalang jalan sehingga menyebabkan lalu lintas. 

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai melontarkan rasa terharu dan ada juga yang merasakan kejutan seperti itu seeloknya dilakukan di tempat yang tidak sibuk serta tidak mengganggu laluan kereta.

"Bagus suami beri hadiah begini kepada isteri. Dia layak memiliki semua ini. Syabas!" komen FakriSaidi90.

"Orang kaya tak apa-lah, boleh belikan apa-apa yang dia nak termasuklah kereta mahal begini" tulis AinnurJusuh.

"Nak buat surprise untuk bini sampai menghalang orang nak lalu. Dia tak fikir orang nak cepat ke apa" kata Schazatul yang mungkin kecewa melihat treler membawa muatan itu berhenti di tengah jalan.

Video yang dimuat naik di TikTok itu telah memperoleh 31,000 views dan telah mencairkan hati beberapa orang yang menontonnya.

Memang betul-lah apa yang lelaki ni lakukan sebagai satu tanda penghargaan buat isteri yang telah bersusah payah melahirkan zuriat. Min rasa nak jadi kawan dia lah, mungkin akan dapat sebiji Ferrari camni juga, kan? Tak dapat yang ini, Tesla Model X pun jadilah!

Sumber berita : Kosmo!

Destination: