
Sesak Teruk Sewaktu Cuti, Cadangan Hadkan Kenderaan Ke Cameron Highland Munasabah
VIRALViral baru-baru ini di media sosial selain menjadi topik keluhan di pagi hari selepas cuti tentang kesesakan lalu lintas di Cameron Highland. Dengar cerita, sampai ada yang perlu bermalam dalam kereta.
Cuti 4 hari baru-baru ini betul-betul dimanfaatkan oleh pelancong untuk meluangkan masa di kawasan pelancongan di dalam negara. Selain pelancong, tidak dilupakan juga penduduk asal Cameron Highland yang hendak pulang ke kampung masing-masing dikatakan punca kepada kesesakan lalu lintas tersebut.
Kesesakan yang semakin teruk ini mewujudkan kebimbangan banyak pihak selain daripada keluhan pelancong, sudah semestinya penduduk tempatan turut merasai kebimbangan berkenaan.
Atas sebab berkenaan, ADUN Tanah Rata, Chiong Yoke Kong mencadangkan supaya jumlah kenderaan yang masuk ke kawasan tersebut perlu dihadkan. Menurut rekod, hampir 10,000 kenderaan pelancong keluar masuk pada setiap kali musim cuti panjang. Ini tentu-tentunya menjadi punca utama kesesakan.
Tapi, yang tidak enaknya, kesesakan ini selain disebabkan jumlah kenderaan yang banyak ia juga disebabkan oleh sikap pelancong yang mementingkan diri sendiri dengan meletakkan kenderaan sesuka hati di bahu jalan.
Dah la jalan kurang lebar, parking pulak tepi jalan. Mana tak jam!
Moga pihak berkuasa akan memikirkan alternatif dan jalan terbaik untuk selesaikan masalah ini. Sekiranya betul, terangkan pada pelancong bagaimana cara dan prosedurnya. Adakah ia berdasarkan ‘first-come-first-serve’, atau RSVP melalui online dan sebagainya.
Tapi, sebelum korang nak bantah ke, nak sokong ke, ini baru cadangan. Belum dibentangkan lagi.
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video