
Seungri (Big Bang) Terpalit Kontroversi – Netizen Minta Boikot
VIRALBaru-baru ini, salah seorang ahli daripada kumpulan KPop Terkenal Big Bang, Seungri terpalit dengan sebuah kontroversi yang melibatkan sebuah kelab malam ‘Burning Sun’ miliknya.
Menurut laporan Sports Kyunghyang, Seungri tidak boleh terlepas dengan skandal dan tak boleh lari selain bertanggungjawab keatas kejadian yang terjadi dalam premis miliknya baru-baru ini. Selain itu, orang awam juga mahukan penjelasan lanjut dari Seungri sendiri.
Menurut laporan sebelum itu, seorang wanita telah diserang dalam satu kejadian yang berlaku di Burning Sun. Sebenarnya ini bukan kali pertama kerana pernah ada laporan melibatkan serangan fizikal dan seksual di kelab yang sama.
Dalam kejadian baru-baru ini, seorang saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Kim menceritakan wanita tersebut telah diganggu secara seksual dan meminta bantuannya. Namun apa yang terjadi adalah beliau turut dipukul oleh beberapa orang yang dipercayai pengawal keselamatan kelab milik Seungri.
Lebih mengeruhkan keadaan, katanya Seungri ada di kelab berkenaan pada malam kejadian. Ini menimbulkan lagi kemarahan netizen dan mereka nak boikot semua acara atau brand yang ada melibatkan Seungri.
Kes ini masih dalam siasatan kerana dikhuatiri ada permainan ‘kotor’ atau rasuah terlibat kerana tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak Polis walaupun terdapat banyak aduan yang dilakukan. YG, syarikat rakaman Bigbang dan Seungri sendiri walaubagaimanapun belum keluarkan sebarang kenyataan.
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video