"Lawan Lawo!" : Shahidan Malu-Malu Bila Kena "Kenen" Dengan Fathin Amelina Berusia 28 Tahun

TERKINI
November 06, 2022 - 01:29 AM


Calon Parlimen Arau mewakili Perikatan Nasional-PAS, Datuk Seri Shahidan Kassim diusik oleh para pengamal media dengan meng"kenen"kan ahli politik otai itu dengan calon muda dari Pakatan Harapan (PH), Fathin Amelina Fazlie yang baru berusia 28 tahun!

Pencetus kepada 'usikan nakal' itu bermula apabila Shahidan yang berusia 71 tahun dilihat benar-benar bersikap 'gentleman' dengan memberi laluan hormat kepada Fathin yang merupakan calon tunggal wanita yang bertanding bagi kerusi Parlimen paling panas dan kontroversi di Perlis.

Malah, Shahidan juga yang pertama kali bertanding kerusi Arau dengan tiket PN-PAS sempat berseloroh untuk berkenalan dengan Fathin yang baru pertama kali ditemui.

"Saya tak berapa kenal (Fathin)..takpela (malu bila diusik kata nak berkenalan dengan Fathin tadi). Saya punya Puteri-Puteri sini ramai dah. Ini soalan mengusik tau" -- jawapan ringkas Shahidan ketika ditanya media pada Hari Penamaan Calon di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis.

Nama aktivis muda, Fathin Amelina julung kali diketengahkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon bagi berentap di kubu kuat Shahidan Kassim itu.

Fathin merupakan seorang aktivis hak kewarganegaraan Sabah dan mahasiswa ijazah doktor falsafah (PhD) di Universiti Malaya (UM).

Calon anak muda tersebut juga dikatakan bergiat aktif dalam politik bersama PKR sejak awal tahun ini dan bapanya juga merupakan anak kelahiran Kuala Perlis.

Shahidan dan Fathin bakal berentap dalam pertandingan 3 penjuru di kerusi Parlimen Arau bersama calon BN, Datuk Rozabil Abdul Rahman.

Destination: