"Siap Berbumbung & Berkunci Tu!" - Penduduk Flat 'Kebal' Selamba Bina Tempat Parkir Kayangan

TERKINI
August 14, 2023 - 04:36 PM


Tindakan seorang penduduk di sebuah pangsapuri yang 'selamba' membina tempat parkir kenderaan berbumbung dan berkunci mengundang kecaman warganet.

Gambar kawasan parkir itu dikongsikan menerusi satu hantaran di laman Facebook baru-baru ini.

Lokasi kejadian difahamkan berada di Pangsapuri Seri Indah, Selangor.

Pengadu memaklumkan, meskipun aduan telah dibuat, namun masih belum ada sebarang indakan lanjut yang diambil pihak berkuasa.

“Dah berbuih mulut buat aduan, tak ada apa tindakan dibuat, tak tahu la nak kata, kroni-kroni sendiri lah kalau macam ini,” dakwanya.

“Alhamdulillah dah siap, kereta tak panas dah. Pangsapuri Seri Indah sahaja,” katanya seolah-olah memerli pemilik parkir.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam perbuatan penduduk tersebut yang disifatkan hanya mementingkan diri sendiri.

Ujar mereka, isu seperti ini bukan satu perkara baharu, namun masih ramai penduduk yang berdegil dan bersikap tidak ambil peduli terhadap rungutan orang sekeliling.

"Banyak nampak yang berbumbung macam ini, rumah flat saja pun. Terfikir juga, rumah empat tingkat, habis rumah yang lain parkir di mana?

"Siap cop-cop begini, ada bayar lebih ke pun dengan pihak pengurusan?" soal Nur Az.

"Tinggal di pangsapuri saja pun. Kalau betul-betul kaya beli tanah, buat apa kau suka. Pasang tembok 10 meter ke, jangan masuk kawasan tanah orang sudah," ujar Eding C'mas.

Sumber: Majoriti

Destination: