
Siti Nurhaliza Kini Bergelar Dato' Sri…
VIRALDatuk Siti terus dilimpahkan rezeki. Itu sahaja yang boleh diringkaskan tentang kehidupan Siti Nurhaliza sekarang ini.
Kalau beberapa minggu lalu netizen mengucapkan tahniah kepada beliau kerana pengumuman kehamilan beliau, kali ini nampaknya Siti menerima lagi satu anugerah yang dikatakan sebagai mewakili insan seni yang lain.

Betul kata orang, kebahagiaan itu datang dengan pelbagai cara. Belum habis gembira tentang kehamilan beliau, rezekinya datang lagi selepas diumumkan sebagai penerima darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri.
Dato’ Sri Siti menjadi salah seorang yang menerima gelaran tersebut sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pahang.

Istiadat pengurniaan tersebut disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang iaitu Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Menurut Siti Nurhaliza “ ini bukan penghargaan kepada diri saya sendiri tetapi mewakili insan seni yang lain kerana saya yakin, setiap masyarakat mempunyai sumbangan yang tersendiri”. Tambahnya lagi, ini juga rezekinya serta bayi di dalam kandungan.
Selain Siti, terdapat rakan selebriti yang menerima Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota (DIMP) yang membawa gelaran Datuk iaitu Adi Putra.
p/s : Lepas ni, jangan cakap gelaran ini dibeli pulak sudahlah…
Sumber | RojakDaily