Sebab Sebenar Kenapa Siti Nurhaliza Pilih Axiata Arena Sebagai Venue Konsert!

TERKINI
December 22, 2023 - 02:01 PM


Setelah kejayaan konsert sulung band dari Britain, Coldplay yang berjaya memecah rekod penonton paling ramai dalam sejarah Stadium Nasional Bukit Jalil, para peminat penyanyi nombor 1 negara Datuk Siti Nurhaliza menantikan comeback yang paling epik!

Tidak menunggu lama, Siti Nurhaliza menyambut seruan para peminatnya dengan mengadakan konsert  Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza yang telah pun habis terjual dalam masa dua jam sekaligus menjadi artis paling terlaris dalam penjualan tiket konsert.

Dalam masa sama, ramai yang meluahkan rasa kecewa kerana tidak berpeluang untuk menyaksikan persembahan hebat daripada penyanyi tersohor itu pada 9 Mac depan dan ada juga yang mempersoal kenapa Axiata Arena dan bukan Bukit Jalil.

Hal ini kerana konsert tersebut dijadualkan berlangsung pada 9 Mac 2024 dan ia tinggal 19 hari lagi sebelum aksi kelayakan Piala Dunia 2026 antara skuad Harimau Malaya menentang Oman di SNBJ pada 24 Mac.

Siti Nurhaliza memilih Axiata Arena yang mempunyai kapasiti sebanyak 16,000 sebagai lokasi rasmi konsert 

“Sebenarnya, saya sudah ‘booked’ lama di Axiata Arena. Tidaklah sampai setahun, tetapi sejak beberapa bulan lalu.

“Soal lokasi hanya ditimbulkan ‘orang luar’ yang membandingkan dengan konsert Coldplay… Tiada kena mengena langsung. Kami sudah rencanakan konsert ini di Axiata, sejak beberapa bulan lalu,” katanya.

Justeru, TokTi tidak dapat menunaikan hasrat peminat tersebut dan secara tidak langsung memberi ruang kepada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk memperbaiki keadaan padang SNBJ.

 

Destination: