
Smart Watch Untuk Kanak-Kanak Dikelaskan Sebagai Alat Pengintipan Haram
VIRALAgensi Rangkaian Persekutuan Jerman, Bundesnerzagentur telah mengharamkan penjualan jam pintar atau smart watch untuk kanak-kanak di negara tersebut. Ini berikutan peranti berkenaan dikelaskan sebagai peranti pendengaran yang terlarang.
Pengharaman tersebut dibuat beberapa hari yang lalu dan telahpun mengambil tindakan kepada peniaga online.

Sebelum ini, ada laporan yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengguna Eropah yang mengatakan peranti jam pintar ini terdapat kelemahan keselamatan yang membolehkan penyerang menjejaki kanak-kanak dan mendengar perbualan mereka.
Walaupun asas larangan terbabit tidak menyebut tentang keselamatan, namun mereka bertindak untuk melarang penjualan peranti berkenaan kerana keupayaan alat tersebut untuk mencatat perbualan kanak-kanak secara senyap.
Dalam pada itu, agensi terbabit juga mendakwa melalui penyelidikan dan siasatan mereka, mereka mendapati bahawa ibu bapa menggunakan peranti jam pintar berkenaan untuk mendengar sesi pembelajaran anak mereka ketika di sekolah. Merekod atau mendengar perbualan peribadi adalah melanggar undang-undang negara Jerman jika tidak mendapat kebenaran.
Hapuskan Jam Berkenaan
Bundesnetzagentur juga mendesak ibu bapa yang telah membeli dan memberikan peranti ini kepada anak-anak mereka supaya menghapuskan peranti terbabit. Pihak sekolah juga diminta untuk membuat pemantauan terhadap peranti ini dalam kalangan pelajar mereka.
Nampaknya, tindakan Jerman ini sangat drastik. Tetapi ada kebaikannya juga. Dalam era teknologi ini, penjahat semakin maju dan pakar dengan teknologi. Jika peranti tersebut memudaratkan, baik dihapuskan sahaja.
Apa kata anda?
Sumber : Bleeping Computer
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video