Spa Ikan Boleh datangkan Mudarat, Risiko Penyakit Berjangkit
TERKINIBukan berlaku di negara kita, tapi kejadian ini boleh dijadikan rujukan yang sebenarnya spa ikan ni ada kesan buruknya jugak. Kisah ini pernah diterbitkan oleh JAMA Dermatology, jurnal perubatan yang diterbitkan oleh Persatuan Perubatan Amerika.
Menurut apa yang dilaporkan, seorang wanita mula kehilangan kuku kakinya selepas mendapat rawatan di spa ikan. Alah, yang kita kena celupkan kaki lepas tu ikan kecik datang gigit-gigit kaki tu.
Kisahnya, wanita berusia 20-an tersebut sebenarnya ada sejarah kuku kaki yang tidak normal tapi tiada masalah perubatan yang lain serta tiada seorang pun ahli keluarganya yang alami masalah yang dialaminya.
Menurut laporan yang difailkan oleh Dr. Shari Lipner tersebut, wanita terbabit ada menjalankan rawatan di spa ikan beberapa bulan sebelum kondisi kuku kakinya menjadi teruk dan akhirnya tertanggal.
Spa ikan yang biasanya menggunakan ikan Garra rufa ini biasanya akan memakan sel kulit mati yang ada di kawasan kaki. Namun, menurut laporan perubatan berkenaan, ikan-ikan tersebut mungkin penyebab kukunya mengalami masalah.
Menurut pakar, bekas rendaman kaki yang ada di spa ikan tidak di-sanitized dan ikan yang sama juga akan mengigit kaki pelanggan-pelanggan lain. Ini berkemungkinan membolehkan kuman dan perpindahan penyakit kepada orang lain.
Ada laporan lain juga mengesahkan beberapa pelanggan spa ikan dijangkiti bakteria staph, MRSA dan juga mycobacterium marinum – sejenik bakteria yang sering didapati di dalam akuarium ikan.
Walaubagaimanapun, mereka menegaskan yang bahawa risiko untuk mengalami jangkitan-jangkitan ini adalah sangat rendah. Di sesetengah tempat pula, spa ikan ini telah diharamkan kerana amalan yang tidak mematuhi peraturan kesihatan dan ada spa yang telah menggantikan ikan garra rufa ini dengan spesis lain iaitu Chinchin, spesis ikan bergigi yang mampu mencederakan pelanggan