"Staff Biadap, Bilik Macam Asrama" - Wanita Ini Kongsi Pengalaman Buruk Menginap Hotel Di Cameron Highlands

TERKINI
June 06, 2023 - 11:42 AM


Bagi yang sering melancong pastinya akan mencari hotel yang selesa untuk keluarga berehat selepas penat berjalan di negeri orang.

Namun buat wanita ini, dia terkilan dengan sikap staf yang biadap malah terkedu melihat suasana hotel seperti asrama.

Syafikah Efaa memuat naik hantaran di Facebook menyelar staff yang sanggup mengetuk pintu biliknya kerana tangisan bayi padahal anaknya hanya gelak.

Jika diikutkan ketawa budak yang baru berusia setahun ini tidaklah sekuat mana, jadi adakah dinding terlalu nipis hingga boleh terdengar gelak kanak-kanak itu.

“Seorang chinese ni ketuk pintu masa aku tengah rehat and tanya ada masalah ke? Aku cakap masalah apa eh. Dia kata dia dengar anak menangis tadi.

“Padahal anak aku tengah main gelak-gelak. Baby setahun kau fikir sendiri bising mana dia boleh buat?

“Aku pun turun, nak tanya india tu baik baik. Excuse me, tadi ada receive complaint ke dari orang lain? Dia pun petik, ada.

“Dengan besar kepala dia, tanya aku masalah apa turun bawah ni. Aku cakap la tak elok ketuk bilik camtu kalau ada hak sekali pun, berpada la sikit,” ujarnya di Facebook.

Bukan setakat itu malah staf itu juga memarahi Syafikah kerana tidak pandai jaga anak dan membiarkannya membuat bising.

Ketika disoal sama ada hotel tersebut tidak membenarkan bayi, staf menjawab tidak namun menyoal kembali kenapa wanita itu tidak meletakkan kids ketika buat tempahan.

“Dia cakap sebelum tempah ada suruh letak berapa adults and kids kan? So aku salah sebab tak letak dalam tu. Then kau bagi aku lepas situ, salah aku juga? Baby setahun pun kau nak charge.

“Aku check out, bawak semua barang, cari hotel lain waktu 12 tengah malam. Korang fikir la kalau jadi kat keluarga sendiri,” tambahnya.

Sumber: Malaysia Dateline

Destination: