"Suami Apa Macam Ni, Depan Orang Pun Berani!" - Viral Video Balingan Bola Snuker Mantap Rizky Billar

TERKINI
October 12, 2022 - 03:37 PM


Kalau korang pernah baca aritkel sebelum ini, ada khabar angin yang mengatakan Rizky Billar pernah membaling bola snuker terhadap isterinya Lesti Kejora. Rizky juga mendakwa bahawa tuduhan itu tidak berasas dan melampau.

Namun, hari ini viral satu klip video yang memaparkan detik Rizky Billar membaling bola snuker terhadap isterinya di hadapan orang ramai! 

Peristiwa itu dipercayai berjaya dirakam oleh CCTV yang berada di bahagian belakang rumah mereka. 

Video tersebut dirakam pada 29 September 2021 dan berdasarkan tarikh rakaman, Lesti ketika itu dipercayai sarat mengandung. 

Walaupun video tersebut tidak berapa jelas, namun memang benar Rizky Billar yang memakai baju biru itu berang dan membaling bola snuker terhadap isterinya. Mujur, tidak mengenai tepat kerana beliau terjatuh.

Video dah jelas, terang dan nyata. Menjawab la si Rizky di mahkamah nanti...

 

Destination: