Suhaimi Saad Buat Hal Lagi, Kali Ini Persoal Tentang Graviti Pula!

TERKINI
February 18, 2019 - 05:32 PM


Ingatkan lepas penjelasan panjang lebar dari sudut sains dan agama oleh Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar telah menjawab pertanyaan serta Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pencetus kontroversi Suhaimi Saad bolehlah mula insaf atau bermuhasabah diri.

Tapi malangnya, dia makin menjadi-jadi apabila kali ini mempertikaikan pula kewujudan graviti.

Pertikaian itu berlaku selepas satu thread dibuat di twitter oleh seorang pensyarah fizik yang menjelaskan teori mengenai bentuk muka bumi. Menurut pensyarah itu untuk membuktikan bumi berbentuk sfera, maka kita hendaklah melihatnya daripada skop graviti.

Tweet itu nyata mendapat perhatian penyanyi nasyid tersebut dan tanpa menunggu lama dia pun mempersoalkan pula kenapa graviti tidak menarik burung dan belon sedangkan objek itu ringan. Alahai…

Seperti biasalah, kenyataan ‘kurang bijak’ Suhaimi ini memang mengundang kritikan dan kecaman netizen di media sosial.

Malah, Suhaimi juga dalam kenyataan balasnya tidak menerima penjelasan diberikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan yang berlandaskan Al-Quran, sebaliknya dia lebih mempercayai dan memegang fatwa ulama dari Arab Saudi.