Tak Cukup Tidur Pun Masih Bertenaga, Netizen Buat Spekulasi Caprice & Isteri Kena Sihir Atau Kena Benda Lain?
TERKINISebelum ini penyanyi rap, Caprice pernah memberi bayangan seakan isterinya, Farra Inalis terkena sihir. Namun baru-baru ini, penyanyi itu didakwa turut terkena dengan perbuatan syirik itu.
Difahamkan, perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Pusat Rawatan Al Idrus (PSAI) menerusi sebuah video di laman TikTok.
Kami akan merawat di rumah Caprice. Kita tengok gangguan apa sebab dia beritahu simptom-simptom seperti disihir.
@pusatrawatanalidrus Caprice kena Sihir...‼️
♬ Creepy horror sound - TOKU SPACE MUSIC
Ketika pihak PSAI serta Tok Singga berkunjung ke rumah Pelantun Lagu Lenglui, Caprice menceritakan bahawa pada awalnya dia berfikir tidur selama tiga atau empat jam itu adalah perkara biasa kerana sibuk bekerja, namun rupa-rupanya tidak.
Awal-awal Cap (Caprice) fikir tidur 3-4 jam adalah perkara biasa sebab banyak kerja lately. Kita pun pelik kenapa masih ada tenaga walaupun tak cukup tidur sampai ubat tidur pun tak jalan.
Dedahnya, hasil pemeriksaan oleh perawat berkenaan mendapati dirinya dan isteri ada terdapat unsur-unsur sihir.
Akhirnya sahabat kita @toksingga datang dari Kedah check dan ada unsur-unsur sihir. InsyaAllah cap dengan isteri dapat lawan dan cepat sembuh.
Walaubagaimanapun bermacam-macam spekulasi di buat oleh netizen di luar sana malah lebih parah lagi sehingga ada yang kait kan Caprice dengan kifarah dan bahan-bahan terlarang....
Sumber: ohbulan dan facebook