"Kalau Hang Ada Telur, Cari Caprice" - Caprice Dakwa Isteri Diganggu, Terima Barangan Mistik

TERKINI
August 29, 2023 - 05:45 PM


Penyanyi rap dan pempengaruh terkenal, Caprice mendakwa isterinya menerima satu 'barang' dipercayai berunsur mistik yang diletakkan di atas bonet kereta pasangannya itu di ruang parkir kediaman mereka.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri beliau atau nama sebenarnya Ariz Ramli di Instagramnya pada Selasa.

Berdasarkan klip dikongsikan itu, 'barang' yang dibungkus seperti mayat dikafankan itu terdiri daripada pelitup muka berwarna hitam dengan tisu putih.

Pada video sama, Caprice dan isterinya juga difahamkan sudah membuat laporan polis berkenaan kejadian tersebut yang disifatkannya sebagai satu ancaman kepada keluarganya.

Destination: